Saturday, May 29, 2010

Jawatan Kosong Inspektor (Lelaki & Wanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM)

0 comments

JAWATAN :
- INSPEKTOR LELAKI / WANITA
Rujukan: FTMT 3/2010 DLM KPN (PR) 114/3

Gaji Pelatih: RM2,060.28
Gaji Inspektor: RM2,060.28 – 4,511.09
Elaun Khidmat: RM300.00
Elaun COLA: RM100.00 – 300.00
Insentif PDRM: RM200.00
Elaun Perumahan: RM420.00
* Semasa dalam latihan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar RM150.00.

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
- Kelayakan Akademik:
1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian
2. Ijazah Sarjana
3. Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pegawai Rendah Polis Polis yang sedang berkhidmat sebagai Konstabel Sokongan boleh juga memohon. Siji rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk makluman lanjut.

Kelayakan Fizikal:
- Tinggi sekuarang-kurangnya 1.63m
- Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (Lelaki) dan 48 kg (Wanita) tanpa bersepatu.
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas (Lelaki sahaja)
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
- Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray

TARAF JAWATAN : TETAP

CARA MEMOHON :

- Permohonan hendaklah menggunakan Borang POL.262 (Pindaan 1/2008) secara PERCUMA di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran
- Pemohon hendaklah hadir sendiri di IPD dengan membawa transkrip ijazah & sijil asal SPM
- Borang akan diberi kepada pemohon yang mencukupi syarat di atas
- Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatanmasing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

SILA PATUHI ARAHAN DI DALAM BUKU PANDUAN PENGISIAN BORANG. BORANG PERMOHONAN HENDAKLAH DIISI DENGAN LENGKAP, MENGGUNAKAN BALL PEN DAKWAT HITAM DAN DITULIS DENGAN HURUF BESAR SAHAJA AKAN DIPROSES.

Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan:
a) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran pemohon
b) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran ibu bapa
c) Salinan Kelulusan Akademik beserta Transkrip Keputusan Semua Semester dan Sijil SPM
d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil seperti ko-kurikulum dan Surat Penghargaan
e) Surat Pengesahan Pengiktirafan Ijazah oleh JPA : http://www.jpa.gov.my
f) Salinan Sijil MUET dan lain-lain sijil berkaitan.

ALAMAT SURAT MENYURAT:

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

KETUA POLIS NEGARA
(UNIT PENGAMBILAN)
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR.
03-22668345

http://www.rmp.gov.my

TARIKH TUTUP : 4 JUN 2010

PERHATIAN:
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

IKLAN JAWATAN
http://www.ziddu.com/download/9998868/pektorLelakiWanitaPolisDiRajaMalaysiaPDRMMei2010.doc.html

Jawatan Kosong di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

0 comments

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik dan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan) di Universiti ini.

A. JAWATAN BUKAN AKADEMIK

1.PEGAWAI KEWANGAN W41
2.PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
3.PUSTAKAWAN S41
4.PENOLONG PENDAFTAR N41
5.PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
6.PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
7.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
8.SETIAUSAHA PEJABAT N27
9.PENOLONG JURUTERA (PEMBUATAN) J29
10.PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) J29
11.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
12.PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
13.PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17
14.PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
15.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
16.JURUTEKNIK (AWAM) J17
17.JURUTEKNIK (BANGUNAN) J17
18.JURUTEKNIK (ELEKTRIK) J17
19.JURUTEKNIK (MEKANIKAL) J17
20.JURUTEKNIK (SENIBINA) J17
21.JURUTEKNIK (LANDSKAP) J17
22.JURUTEKNIK (UKURBAHAN) J17
23.JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
24.JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
25.PENGAWAL KESELAMATAN KP17

B. PERJAWATAN AKADEMIK

1.TUTOR DA41
2.GURU BAHASA DG41
3.JURUTERA PENGAJAR J41
4.PENSYARAH DS45
5.PENSYARAH KANANDS51
6.PROFESOR MADYA DS53
7.PROFESOR KHAS CVK7

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://www.utem.edu.my

TARIKH TUTUP :
A. JAWATAN BUKAN AKADEMIK : 20 JUN 2010
B. PERJAWATAN AKADEMIK : Terbuka sepanjang tahun 2010

Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

0 comments

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

JAWATAN AKADEMIK:
1. Pensyarah Perubatan DU45 - VK5
2. Guru Bahasa DG41
3. Tutor DA41

JAWATAN BUKAN AKADEMIK:
1. Pegawai Perubatan UD43/UD44
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pegawai Pergigian U41
4. Pegawai Psikologi S41
5. Akauntan W41
6. Pegawai Kewangan W41
7. Pegawai Penyelidik Q41-Q54
8. Pegawai Penyelidik Sosial N41
9. Pegawai Penerbitan N41
10. Jurutera J41
11. Juru Ukur Bahan J41
12. Pegawai Sains C41
13. Pegawai Belia dan Sukan S41
14. Pegawai Laut A41
15. Pengurus Asrama N41
16. Penolong Jurutera J29
17. Jururawat U29
18. Penolong Pegawai Perubatan U29
19. Juru X - Ray U29
20. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
21. Juruteknologi Pergigian U29
22. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
23. Penolong Pegawai Tadbir N27
24. Penolong Akauntan W27
25. Penolong Pegawai Belia & Sukan S27
26. Penolong Pengurus Asrama N27
27. Setiausaha Pejabat N17/N27
28. Penolong Pegawai Laut A29
29. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
30. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
31. Pembantu Laut A17
32. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
33. Pembantu Belia Dan Sukan S17
34. Juruteknik J17
35. Pengawal Keselamatan KP17
36. Penyelia Asrama N17
37. Juruteknik Komputer FT17
38. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
39. Penjaga Peralatan Jentera R17
40. Tukang R17
41. Tukang K3 R9
42. Pemandu Kenderaan R3
43. Operator Loji R3
44. Pekerja Awam Khas R3
45. Atendan Kesihatan U3
46. Pekerja Rendah Awam R1
47. Pembantu Am Pejabat N1
48. Pembantu Tadbir Kewangan W17
49. Pegawai Kebudayaan B17/18
50. Penjaga Jentera Elektrik R17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://erecruitment.upnm.edu.my/syarat/iklan2010.pdf

CARA MEMOHON
http://erecruitment.upnm.edu.my/syarat/manual.pdf

Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://erecruitment.upnm.edu.my

Sila cetak borang permohonan yang telah diisi melalui sistem e-recruitment UPNM dan hendaklah dialamatkan kepada:

Unit Perjawatan dan Pengambilan
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur

http://www.upnm.edu.my

TARIKH TUTUP : 7 JUN 2010

Saturday, May 1, 2010

Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA (Lepasan SPM)

0 comments

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari 1 MEI 2010.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe. gov.my, http://jpt.utm. my, dan http://jpt.uum. edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di http://www.um. edu.my/kemasukan, http://www.esmp. upm.edu.my/ tawaran, http://jpt.utm. my, http://iiu.edu. my/kemasukan/ tawaran.html, http://www.upsi. edu.my/tawaran, http://www.istudent .uitm.edu. my/intake, http://www.unimas. my/Kemasukan/ Program Asasi, http://www.webapp. uthm.edu. my/tawaran, http://www.umt. edu.my/tawaran. php, http://www.usim. edu.my/kemasukan /tawaran, http://www.utem. edu.my/kemasukan, http://www.ump. edu.my/kemasukan, http://www.unimap. edu.my/tawaran, http://www.udm. edu.my/tawaran atau http://www.upnm. edu.my/kemasukan /tawaran.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

Unit Pusat Universiti
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Semakan Panggilan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA

0 comments

Semakan Panggilan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA boleh dibuat di Laman Web KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) : http://apps. emoe.gov. my/egst/tduga/

Semakan ini adalah untuk calon-calon yang telah memohon melalui Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (e-gst) yang telah dibuka pada 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010 yang lalu.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://www.moe. gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

 

Copyright 2008 by JobsFinding Crewz