Saturday, May 1, 2010

Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA (Lepasan SPM)


Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari 1 MEI 2010.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe. gov.my, http://jpt.utm. my, dan http://jpt.uum. edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di http://www.um. edu.my/kemasukan, http://www.esmp. upm.edu.my/ tawaran, http://jpt.utm. my, http://iiu.edu. my/kemasukan/ tawaran.html, http://www.upsi. edu.my/tawaran, http://www.istudent .uitm.edu. my/intake, http://www.unimas. my/Kemasukan/ Program Asasi, http://www.webapp. uthm.edu. my/tawaran, http://www.umt. edu.my/tawaran. php, http://www.usim. edu.my/kemasukan /tawaran, http://www.utem. edu.my/kemasukan, http://www.ump. edu.my/kemasukan, http://www.unimap. edu.my/tawaran, http://www.udm. edu.my/tawaran atau http://www.upnm. edu.my/kemasukan /tawaran.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

Unit Pusat Universiti
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

 

Copyright 2008 by JobsFinding Crewz