Tuesday, October 5, 2010

Iklan Kekosongan Jawatan - Setiausaha (Tenaga Nasional Berhad - TNB)


Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Setiausaha (Tetap) di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat-syarat Kelayakan
•Memiliki Diploma / Sijil Kesetiausahaan yang diiktiraf. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat markah CGPA tidak kurang daripada 2.70
ATAU

•Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan satu (1) lulus penuh dan dua (2) lulus sebahagian
DAN

•Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM/SPMV) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
•Umur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh tutup iklan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dilaksanakan secara online melalui http://madis.tnb.com.my/madis
Borang permohonan yang dimajukan secara manual tidak akan dilayan.

•Pemohon-pemohon yang disenaraipendek akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan jawatan yang dipohon
•Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya
•Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan

Tarikh Tutup: 15 Oktober 2010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Labels

 

Copyright 2008 by JobsFinding Crewz