Sunday, December 11, 2011

Taklimat Persediaan Kerjaya : 1 GRADUAN 1 KERJAYA PROFESIONAL di Terengganu

0 comments

RIBUAN PELUANG PEKERJAAN PROFESIONAL

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera
Makluman kepada SEMUA WARGA TERENGGANU yang berminat.

Unit Kaunseling & Kerjaya [HEPA] UniSZA dengan kerjasama Job Advisors (M) Sdn. Bhd akan mengadakan satu Taklimat Persediaan Kerjaya : 1 GRADUAN 1 KERJAYA PROFESIONAL sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Disember 2011 [ISNIN]
Tempat : Dewan Al Mukhtafi Billah Shah, Kampus Gong Badak,UniSZA
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang

Penyertaan adalah PERCUMA kepada:
• Semua pemegang ijazah dalam negara dan luar negara.
• Semua peringkat ijazah dan ke atas
• Pelajar ijazah tahun akhir.


Antara pengisian program seperti berikut :

1. Taklimat Bimbingan oleh Job Advisors
2. Pengenalan pasaran kerja di Malaysia
3. Kaedah penyediaan resume/CV terbaik
4. Kaedah menulis surat permohonan kerja secara terbaik
5. Strategi menjawab soalan personaliti
6. Strategi menjawab soalan temuduga
7. Info ribuan kerja profesional untuk graduan

**** PESERTA DIGALAKKAN membawa computer riba

**** Untuk maklumat lanjut tentang Job Advisors, sila layari laman sesawang ini:
http://www.executivesmalaysia.com/

Panduan Lengkap dan Tip Persediaan Temuduga KPLI-SR j-QAF

0 comments

Assalamualaikum Wm Wbt.

Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk sesi temuduga KPLI-SR j-QAF. Sesi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.

Selepas menempuhi ujian MTeST dengan jayanya, kini hanya tinggal sesi temuduga sebagai halangan anda menghampiri impian dan cita-cita bergelar guru j-QAF.

Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri sesi temuduga KPLI-SR j-QAF:

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Punca utama kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF adalah kerana calon gagal menyakinkan panel penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun memiliki kelulusan yang cemerlang tetapi calon tidak mampu berhujah mahupun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu semasa.

Berdasarkan sesi temuduga KPLI-SR j-QAF, ramai calon dikenalpasti mempunyai banyak kelemahan dan gagal. Antaranya ialah :

1-Tiada keyakinan diri.
2-Tidak menunjukkan bakat dan minat ke arah kerjaya sebagai guru j-QAF.
3-Terlalu merendah diri.
4-Gagal mengawal tekanan semasa sesi temuduga individu.

Aspek komunikasi calon temuduga menjadi kelemahan utama. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru j-QAF, calon semestinya menunjukkan bakat dan kemampuan untuk mendidik anak bangsa sekiranya terpilih mengikuti program KPLI-SR j-QAF.

Sesi temuduga KPLI-SR j-QAF merupakan saringan terakhir untuk pemilihan calon. Calon temuduga yang dipanggil ibarat telah pun `sebelah kaki' untuk bergelar pelatih guru j-QAF. Dengan persediaan yang cukup, calon berupaya meningkatkan keyakinan untuk menghadiri sesi temuduga tersebut dengan jayanya.

Fokus utama sesi temuduga KPLI-SR j-QAF adalah aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian yang dipohon bagi menilai tahap penguasaan dalam subjek yang dipilih.

Selain itu calon temuduga bakal diuji dari segi pengetahuan am dan isu semasa. Turut diambil kira adalah sahsiah yang menepati ciri-ciri pendidik, kemahiran berkomunikasi, kematangan fikiran serta penampilan diri.

Tunjukkan kualiti diri anda pada panel penemuduga bagi menyakinkan mereka, anda adalah calon paling sesuai bergelar guru j-QAF. Fokuskan kepada persediaan menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF pada 12 – 16 Disember 2011. Tanamkan azam dan bertekad untuk membuktikan kredibiliti anda sebagai calon guru j-QAF pada sesi temuduga.

Untuk anda berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF nanti, anda perlulah membuat persediaan secukupnya agar sebarang kelemahan yang ada dalam diri anda dapat diperbaiki. Usaha keras memperbaiki apa jua kelemahan diri agar dapat menampilkan prestasi yang optimum semasa sesi temuduga nanti.

Jadikan diri anda calon yang bersiap sedia dan mempunyai kelebihan berbanding calon-calon lain. Anda sudah berjaya sejauh ini, adakah anda mahu bersikap sambil lewa sahaja? Buat persediaan! Itulah yang paling penting. Dapatkan Panduan Lengkap Menghadapi Temuduga KPLI j-QAF. Terdapat pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan kali ini di: http://www.kplij-qaf.com/hop.php?ref=my

Dapatkan sekarang dan selamat berjaya diucapkan kepada semua!

Semakan Panggilan Ujian Personaliti calon Guru / Pensyarah MARA

0 comments

Semakan Pusat, Tarikh Dan Masa Ujian Personaliti bagi calon yang memohon Jawatan Guru / Pensyarah MARA (Pegawai Pendidikan Siswazah) boleh dibuat di Laman Portal MARA : http://aplikasi.mara.gov.my/Siswazah2011/

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
http://www.mara.gov.my/

Thursday, October 20, 2011

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) - Okt 2011

0 comments

JAWATAN:
1. Pegawai Perhubungan Awam
2. Pembantu Tadbir
3. Pembantu Penguatkuasa
4. Pemandu Kenderaan
5. Pekerja Awam

IKLAN JAWATAN
http://mppd.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=bd61a9f2-d98a-474a-92d0-3da69ae96583&groupId=56958

BORANG PERMOHONAN
http://mppd.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=94c96960-f632-4ab3-ad8e-a5de6e396579&groupId=56958

Tarikh Tutup : 31 Oktober 2011

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - Okt 2011

0 comments

JAWATAN:
1. PEGAWAI SAINS (KIMIA HAYAT) GRED C41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
3. PEGAWAI FARMASI GRED U41
4. JURUPULIH PERUBATAN (PERTUTURAN) U29
5. JURU X-RAY (Radioterapi) U29
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
9. ATENDAN KESIHATAN U3
10. PEGAWAI PERUBATAN UD41

IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://spj.ummc.edu.my/

Tarikh Tutup : 31 Oktober 2011

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sembilan - Okt 2011

0 comments

Terbuka kepada Rakyat Negeri Sembilan.

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
2. Juruteknik Komputer Gred FT17

IKLAN JAWATAN
http://www.ns.gov.my/pkwns/images/stories/PDF/Pelbagai/iklan_jawatan_kosong.pdf

Tarikh Tutup : 31 Oktober 2011

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - Okt 2011

0 comments

JAWATAN:
- Pegawai Tadbir (Tetap)
- Pegawai Teknologi Maklumat (Tetap)
- Juruteknik Perancang Bandar dan Desa (Tetap)
- Pembantu Pertanian (Tetap)
- Pereka (Tetap)
- Tukang (Perkayuan) (Tetap)

IKLAN JAWATAN
http://ketengah.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=0dfce709-ca79-458f-b2cb-96ba87782f89&groupId=19134

BORANG PERMOHONAN
http://ketengah.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ac5786af-9b8d-4627-b960-28afe974d12e&groupId=19134

Tarikh Tutup : 1 November 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

 

Copyright 2008 by JobsFinding Crewz