Saturday, May 29, 2010

Jawatan Kosong Inspektor (Lelaki & Wanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM)


JAWATAN :
- INSPEKTOR LELAKI / WANITA
Rujukan: FTMT 3/2010 DLM KPN (PR) 114/3

Gaji Pelatih: RM2,060.28
Gaji Inspektor: RM2,060.28 – 4,511.09
Elaun Khidmat: RM300.00
Elaun COLA: RM100.00 – 300.00
Insentif PDRM: RM200.00
Elaun Perumahan: RM420.00
* Semasa dalam latihan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar RM150.00.

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
- Kelayakan Akademik:
1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian
2. Ijazah Sarjana
3. Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pegawai Rendah Polis Polis yang sedang berkhidmat sebagai Konstabel Sokongan boleh juga memohon. Siji rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk makluman lanjut.

Kelayakan Fizikal:
- Tinggi sekuarang-kurangnya 1.63m
- Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (Lelaki) dan 48 kg (Wanita) tanpa bersepatu.
- Ukuran lilitan dada biasa 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas (Lelaki sahaja)
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang alat bantuan
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
- Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray

TARAF JAWATAN : TETAP

CARA MEMOHON :

- Permohonan hendaklah menggunakan Borang POL.262 (Pindaan 1/2008) secara PERCUMA di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran
- Pemohon hendaklah hadir sendiri di IPD dengan membawa transkrip ijazah & sijil asal SPM
- Borang akan diberi kepada pemohon yang mencukupi syarat di atas
- Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatanmasing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

SILA PATUHI ARAHAN DI DALAM BUKU PANDUAN PENGISIAN BORANG. BORANG PERMOHONAN HENDAKLAH DIISI DENGAN LENGKAP, MENGGUNAKAN BALL PEN DAKWAT HITAM DAN DITULIS DENGAN HURUF BESAR SAHAJA AKAN DIPROSES.

Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan:
a) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran pemohon
b) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran ibu bapa
c) Salinan Kelulusan Akademik beserta Transkrip Keputusan Semua Semester dan Sijil SPM
d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil seperti ko-kurikulum dan Surat Penghargaan
e) Surat Pengesahan Pengiktirafan Ijazah oleh JPA : http://www.jpa.gov.my
f) Salinan Sijil MUET dan lain-lain sijil berkaitan.

ALAMAT SURAT MENYURAT:

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

KETUA POLIS NEGARA
(UNIT PENGAMBILAN)
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR.
03-22668345

http://www.rmp.gov.my

TARIKH TUTUP : 4 JUN 2010

PERHATIAN:
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

IKLAN JAWATAN
http://www.ziddu.com/download/9998868/pektorLelakiWanitaPolisDiRajaMalaysiaPDRMMei2010.doc.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

 

Copyright 2008 by JobsFinding Crewz