Saya ingin menarik perhatian tentang nasib kami kakitangan kontrak dan skim khidmat singkat dalam perkhidmatan awam yang tidak mendapat apa-apa bonus dari kerajaan.
Kami yang berkhidmat di bawah skim khidmat singkat ini tidak mendapat apa-apa keistimewaan seperti mana yang terdapat pada kakitangan awam yang lain. Kami tidak mendapat sebarang eluan perkhidmatan, tidak boleh membuat sebarang tuntutan perjalanan dan tidak dicarum KWSP oleh pihak majikan (kerajaan).
Pada masa yang sama juga rata-rata dari kami - kontraknya akan tamat pada hujung tahun ini dan kemungkinan besar tidak akan disambung.
Apalah salahnya pihak kerajaan menghargai sedikit jasa kami dengan memberi kami sedikit bonus hari raya seperti mana yang diberi kepada kakitangan awam yang lain.
Diharap pihak kerajaan sudi mendengar rintihan nasib kami dan sedia membela kami kerana antara kami ini, ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak dan isteri serta tanggungan hutang yang lain.
Sumber: MalaysiaKini
Thursday, September 23, 2010
KAKITANGAN AWAM KONTRAK MOHON PEMBELAAN
6:38 PM Posted by ProtonCLUBLabels: berita semasa, dalam negeri, kakitangan awam, kontrak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment